YAYASAN VFIVE MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT YANG KURANG BERNASIB BAIK DIRASMIKAN OLEH YB DATO SRI ISMAIL SABRI
YAYASAN VFIVE MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT YANG KURANG BERNASIB BAIK DIRASMIKAN OLEH YB DATO SRI ISMAIL SABRI Kuala Lumpur, 22 April 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berbesar hati merasmikan pelancaran Yayasan VFive, sebuah organisasi di bawah naungan VFive Group yang berdedikasi melaksanakan inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan-golongan yang memerlukan. Turut menyempurnakan perasmian tersebut adalah Pengasas Yayasan VFive, YBhg. Datuk Hj Mohd Syafiq Hj Abdullah dan disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz pada majlis yang bertempat di De Palma Hotel, Ampang petang semalam. Pada majlis itu juga, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada guru–guru dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz di sekitar Ampang termasuklah Maahad Tahfiz Nurul Yaqin, Maahad Tahfiz Ulum Mafaatih Ampang...