YAYASAN VFIVE MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT YANG KURANG BERNASIB BAIK DIRASMIKAN OLEH YB DATO SRI ISMAIL SABRI
YAYASAN VFIVE MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT YANG KURANG BERNASIB BAIK DIRASMIKAN OLEH YB DATO SRI ISMAIL SABRI
Kuala Lumpur, 22 April 2021 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
berbesar hati merasmikan pelancaran Yayasan VFive, sebuah organisasi di bawah naungan
VFive Group yang berdedikasi melaksanakan inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat
(CSR) kepada golongan-golongan yang memerlukan.
Turut menyempurnakan perasmian tersebut adalah Pengasas Yayasan VFive, YBhg. Datuk
Hj Mohd Syafiq Hj Abdullah dan disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,
YBhg. Dato’ Sri Muez Abdul Aziz pada majlis yang bertempat di De Palma Hotel, Ampang petang semalam.
Pada majlis itu juga, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut berkesempatan menyampaikan
sumbangan duit raya kepada guru–guru dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz di sekitar
Ampang termasuklah Maahad Tahfiz Nurul Yaqin, Maahad Tahfiz Ulum Mafaatih Ampang
Utama, Maahad Tahfiz Ulum Mafaatih Kampung Melayu Ampang, Maahad Tahfiz Jamiah
Darul Uloom Sheikh Zakariya, Maahad Tahfiz Ar-Raudhatul Husna, Maahad Tahfiz Al
Falahiyyah, Maahad Tahfiz Hashimah dan Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz At-Tazkirah.
Majlis Iftar Perdana VFive yang merupakan acara tahunan itu merupakan satu wadah bagi
mengeratkan silaturrahim bersama pemimpin dan aktivis tempatan, rakan-rakan niaga,
vendor, pembekal, wakil-wakil jawatankuasa masjid, surau, rumah-rumah kebajikan dan
warga kakitangan di samping meraikan 70 orang anak-anak pelajar serta guru Pusat-Pusat
Tahfiz di bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh dengan limpahan keberkatan. Mengulas mengenai inisiatif CSR oleh Yayasan VFive pada tahun 2021, YBhg. Datuk Hj Mohd
Syafiq Hj Abdullah di dalam ucapannya menegaskan bahawa beliau cukup yakin aspek
keberkatan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan. Justeru, beliau mahu
Yayasan VFive melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk membantu komuniti-komuniti yangterhimpit susulan penularan pandemik Covid-19 yang membuatkan sebahagian besar masyarakat terjejas sumber pendapatan. “VFive Group telah merancang pelbagai usaha untuk kita bantu masyarakat yang akan dimantapkan lagi dengan penubuhan Yayasan VFive. Pada tahun lepas, kita telah memperuntukkan RM1.1 juta bagi program-program CSR dan tahun 2021 ini kita telahtambahkan peruntukan kepada RM3.6 juta”, ujar beliau.
“Selain dari melipatgandakan sumbangan kebajikan, kewangan dan pendidikan, Yayasan VFive turut mensasarkan untuk meluaskan lagi usaha murni ini kepada lebih ramai golongan yang memerlukan, agar mereka semua dapat beroleh manfaat dan merasai nikmat kehidupan
yang lebih baik”, tambahnya lagi. Majlis yang dihadiri kira-kira 380 hadirin tersebut turut menampilkan persembahan khas daripada Fazli Zainal serta alunan Qasidah daripada Maahad Tahfiz Nurul Yaqin. Sejajar
dengan pematuhan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), segala aspek keselamatan sentiasa dipatuhi termasuklah pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu,
penjagaan jarak, penyediaan cecair sanitasi tangan dan pendaftaran MySejahtera.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman media sosial VFive Group di Facebook, Instagram
dan YouTube.