AMARAN ZAHID JANGAN BUAT LAPORAN POLIS DEMI UMNO
Menerusi kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador susulan beberapa laporan yang dibuat berkaitan rakaman audio yang dikatakan mirip suara DS Zahid Hamidi dan DS Anwar Ibrahim yang mana beliau meminta mereka membuat laporan polis adalah satu tindakan yang tidak wajar bagi seorang Ketua Polis Negara seolah-olah terdapat bukti jenayah di dalam rakaman tersebut.
Persoalan saya mengapa tidak Hamid Bador menggesa YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat laporan Polis jika beliau benar difitnah tarhadap rakaman audio yang berdurasi 2:24 minit mirip suara Muhyiddin Yassin di mindarakyat.net yang mana perbualan yang dilihat wujud unsur rasuah jawatan Menteri dan GLC dikalangan ahli-ahli Parlimen bagi membentuk Kerajaan baru. Ini yang seharusnya diberikan keutamaan kerana melibatkan pemimpin nombor satu Malaysia. Kesannya akan mencalarkan imej integriti seluruh badan berkerajaan dan negara terutamanya di mata dunia.
Oleh itu, saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya ingin beri amaran kepada semua pegawai di pejabat bahkan President UMNO sekalipun bahawa jangan ada sesiapa pun yang pergi membuat laporan polis berkaitan isu rakaman audio yang tular ini. Seandainya kami ketahui perkara ini, sedaya upaya kami Pemuda UMNO Petaling Jaya akan menghalangnya walau terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa sekalipun.
Belajarlah kita dari pengalaman yang mana selama ini sememangnya institusi Presiden UMNO ini tidak akan sekali leka dek musuh untuk memfitnah dan menyerang kita bukan sahaja untuk melemahkan kita, malah untuk menghancurkan UMNO itu sendiri. Bukan kerana Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO hari ini kita diserang, sebelum ini juga berlaku pada Najib Razak sehingga kita kalah dalam Pilihanraya Umum 14. Tiada jaminan walau berganti kerusi Presiden UMNO selepas ini tidak akan ada sesiapa yang akan menyerang UMNO.
“Jerat Tak Pernah Melupakan Pelanduk, Tetapi Melupakan Jerat” inilah yang berlaku bila ada asakan untuk Zahid Hamidi ditekan untuk membuat laporan Polis. Tak ada kesalahan pun jika kita benar-benar mendengari perbualan rakaman itu. Pasti ada “Udang Di Sebalik Batu” untuk setiap desakan yang timbul sehingga hari ini yang memaksa Zahid Hamidi membuat laporan Polis.
Kita faham dalam keadaan UMNO kita ditekan sehingga hari ini baik dari dalam atau luar parti, percayalah sehingga satu tahap kita akan diuji sekali lagi bahkan berkali-kali dengan perkara yang membuatkan antara kita percaya perkara palsu adalah benar. Inilah yang ahli UMNO perlu sedar dan masyarakat keseluruhannya.
Janganlah sampai jadi bak kata pepatah “menang sorak, kampung tergadai” . Baik mereka yang sebagai kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah ahli akar umbi. Ini Masa Kita! Melindungi semula bahtera yang telah baik dari hampir karam agar tidak terus dikaramkan oleh musuh.
-A’ZLAN HJ ABU BAKAR-
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
Menerusi kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador susulan beberapa laporan yang dibuat berkaitan rakaman audio yang dikatakan mirip suara DS Zahid Hamidi dan DS Anwar Ibrahim yang mana beliau meminta mereka membuat laporan polis adalah satu tindakan yang tidak wajar bagi seorang Ketua Polis Negara seolah-olah terdapat bukti jenayah di dalam rakaman tersebut.
Persoalan saya mengapa tidak Hamid Bador menggesa YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat laporan Polis jika beliau benar difitnah tarhadap rakaman audio yang berdurasi 2:24 minit mirip suara Muhyiddin Yassin di mindarakyat.net yang mana perbualan yang dilihat wujud unsur rasuah jawatan Menteri dan GLC dikalangan ahli-ahli Parlimen bagi membentuk Kerajaan baru. Ini yang seharusnya diberikan keutamaan kerana melibatkan pemimpin nombor satu Malaysia. Kesannya akan mencalarkan imej integriti seluruh badan berkerajaan dan negara terutamanya di mata dunia