KANAK- KANAK- LEBIH 1.000 TERIMA MANFAAT TOYBANK PRIHATIN
KANAK- KANAK- LEBIH 1.000 TERIMA MANFAAT TOYBANK PRIHATIN KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 kanak-kanak telah mendapat manfaat daripada Toybank Prihatin yang diwujudkan melalui inisiatif Rumah Prihatin @Grand Seasons setakat hari ini. Pengarah Eksekutifnya, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, pemberian mainan itu tidak terhadap kepada rumah anak-anak yatim sahaja sebaliknya bergantung kepada permintaan. "Sebelum ini kita ada 500 penerima dan setakat ini kita terima lebih 1,000 penerima yang telah mendapat manfaat. "Kita bukan fokus rumah anak yatim sahaja tetapi kita turun kepada kumpulan sasar contohnya Projek Perumahan Rakyat (PPR). "Kita juga dapat permohonan inginkan permainan. Ini kerana konsep keluarga Malaysia terbuka kepada semua," katanya kepada pemberita di luar pekarangan pasaraya ST Rosyam Mart, Setiawangsa, hari ini. Terdahulu beliau menerima sumbangan daripada sumbangan permainan kanak-kanak daripada syarikat korporat dan orang perseorangan di h...