JANGAN LENGAH IKTIRAFKAN PEKERJA EKONOMI GIG-- UMNO SETIA WANGSA

JANGAN LENGAH IKTIRAF KAN PEKERJA EKONOMI GIG -UMNO SETIAWANGSA

KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Setiawangsa mengingatkan kerajaan agar tidak melengahkan masa untuk meminda Akta berkaitan dengan ekonomi gig dalam memastikan tenaga kerjanya
diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan. 

Timbalan Ketuanya, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, kerajaan tidak sewajarnya mengetepikan pemain industri baharu itu hanya kerana perkembangan teknologi. 

"Jangan kerana menggunakan teknologi baharu, kita tidak ada Akta-kata kerana perkembangan semasa. 

"Nak luluskan Akta pun lambat di Parlimen, dengan keadaan pandemik ini menjadikan alasan agar kumpulan sasar E-hailing dan P-Hailing tidak dilindungi. 

"Saya rasa tindakan ini tidak wajar," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui selepas melancarkan Program PriVo MySetiawangsa di Stesen Minyak Petron Sri Rampai, di sini, hari ini. 

Terdahulu beliau melancarkan pemberian minyak petrol secara percuma kepada kira-kira 500 penunggang motosikal dalam kalangan penghantar makanan dan petugas barisan hadapan di sekitar Parlimen Setiawangsa. 

Isnin lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menghasilkan lima resolusi selepas dalam Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) dan wakil-wakil Kesatuan P-Hailing dan E-hailing. 

Antara resolusi itu ialah menggesa kerajaan mengiktiraf pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing sebagai pekerja bagi membolehkan pekerja ekonomi gig dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta berkaitan. 

Dalam pada itu, Mohd Irwan Rizal menggesa kerajaan agar bersikap terbuka untuk meluangkan masa mendengar dan mempertimbangkan cadangan lima resolusi itu bagi menambah baik dasar dan Akta sedia untuk melindungi semua tenaga kerja. 

"Kerajaan kena ambil pendekatan dengan hati terbuka untuk mendengar mungkin lebih lima tuntutan mengikut kesesuaian masa agar masalah atau isu berbangkit tersebut dapat diselesaikan dengan kadar segera. 

"Letak lah di bahawa kementerian mana pun atau melalui Akta mana pun yang penting nasib kumpulan sasar kita sentiasa terlindung dan terjaga," katanya lagi. - MalaysiaGazette





Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER