5 resolusi perjuang hak P-Hailing
Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dengan Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar dan wakil-wakil Kesatuan P-Hailing dan E-Hailing bagi membincangkan permasalahan serta
isu-isu berbangkit melibatkan pengiat ekonomi gig di dalam negara.
Pelbagai luahan dan isu-isu telah diperhalusi serta dibincangkan di dalam sesi libat urus ini dan Pemuda UMNO Malaysia telah mendengar sendiri keluhan daripada wakil-wakil rider yang hadir memberikan pandangan.
Hasil dalam perbincangan ini, 5 Resolusi Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dikemukakan dan dimaktubkan.
Antaranya mencadangkan status individu terbabit dalam industri e-hailing & p-hailing diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 dan akta-akta berkaitan.
Kerajaan digesa mewujudkan sebuah badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan yang lebih adil dan realistik untuk penyedia perkhidmatan dan penghantar.
Memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan
perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) buat penghantar-penghantar di Malaysia.
kepada penghantar-penghantar di dalam Bajet 2022 nanti.
Mendesak penyedia perkhidmatan untuk menjamin pekerjaan penghantar-penghantar dengan menangguhkan penggantungan dan penamatan khidmat penghantar-penghantar dalam tempoh pendamik ini.
Perubahan lanskap dalam struktur ekonomi membolehkan penggiat gig
ekonomi ini menjadi lebih penting dan pastinya hak-hak mereka juga perlu
dipertahankan.
Pemuda UMNO, melalui agenda #PemudaJurubicaraRakyat akan memastikan suara-suara dihebahluas dan didengari di peringkat Kerajaan.
DATO’ DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
20 September 2021