
Disamping itu, program ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan bebanan masyarakat awam yang fakir miskin, petugas barisan hadapan, pekerja penghantar makanan, yang turut terkesan dengan pandemik Covid 19 yang belum menemui penghujungnya.Bermula jam 9.30 pagi, program Ceramah Maulidul Rasul SAW di mulakan, bertempat di Surau Nurul Iman, Bukit Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor. Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Dr Mohd Zamri Zainuldin (Dr Zamri MANTOP) dan alunan selawat oleh Inteam dan ahli jamaah surau. Seterusnya di teruskan ziarah ke beberapa buah rumah sekitar Bukit Saujana. Antaranya anggota Kumpulan Nasyid Rabbani yang di uji dengan kesihatan buah pinggang sekian lama, dan masih menerima rawatan.
Jam 2 petang, di teruskan pemberian petrol PERCUMA oleh Pertubuhan Dhuafa Sejahtera dan minuman IKoko oleh Inteam. 100 buah motosikal dan kenderaan e hailing serta teksi menerima pemberian ini. Program ini di laksana di Petronas Bandar Sri Damansara.
Selepas asar, menyantuni 60 asnaf di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun, Petaling Jaya Selatan. Rata-ratanya yang di santuni adalah miskin tegar yang perlu di beri perhatian, apatah lagi terkesan dengan pandemik. Terima kasih kepada para penyumbang, rakan kerjasama khususnya Inteam atas pelaksanaan program ini (Pengerusi Dhuafa Sejahtera, Amin Ismail)