RUMAH PRIHATIN AGIH BUBUR ASYURA PERLIS

 RUMAH PRIHATIN AGIH       BUBUR  ASYURA  PERLIS

RUMAH Prihatin mengadakan aktiviti memasak dan mengagih ‘Bubur Asyura Perlis’ dianjurkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 29 September lalu.

Hidangan istimewa dari Perlis itu diagih kepada penduduk di sekitar Desa Pandan.

Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata aktiviti itu dicadang

isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin yang meneruskan usaha dilakukannya di Perlis sebelum ini ke Wilayah Persekutuan.

“Bubur Asyura Perlis ini dimasak sendiri oleh beliau dan bahannya serta petugas ditaja suaminya.

“Aktiviti ini untuk berkongsi keriangan menikmati juadah Perlis bersama penduduk sekitar Kuala Lumpur.

“Kita sedang merancang meneruskannya di Rumah Prihatin melalui khidmat Dapur Prihatin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.











Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER