PEMBERIAN RM100.000 KEPADA WARGA EMAS, B40 DAN MISKIN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2022
PEMBERIAN RM100.000 KEPADA WARGA EMAS, B40 DAN MISKIN SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2022
KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 – Datuk Daniel Ling Sia Chin memberi sumbangan berbentuk bahan makanan dan angpow kepada warga emas, B40 dan miskin sempena Tahun Baru Cina 2022.
Seramai 200 penerima dari golongan B40, warga emas dan miskin diraikan sempena Tahun Harimau, Tahun Baru Cina.
Pengerusi Zon Parlimen Segambut MCA, Datuk Daniel Ling Sia Chin berkata, sumbangan ini adalah untuk berkongsi kegembiraan kepada masyarakat setelah lama tamat PKP, semua sedang berusaha yang terbaik untuk diri dan keluarga.
“Baharu dua bulan PKP tamat, rakyat sekali lagi diuji bencana banjir dan tanah runtuh, ramai hilang harta, rumah dan nyawa.“Satu perkara penting kita belajar daripada tragedi adalah menghargai dan mensyukuri jiran penduduk sekitar kita, merekalah orang pertama hulur bantuan, yang pertama gadai nyawa dalam situasi gelap, kelaparan, kehilangan dan ketakutan.“Dalam kehilangan, kita belajar hargai pernah dirahmati makanan sedap, pakaian, dan tempat tinggal.
“Namun kini, sudah tinggal sejarah, mangsa harus belajar untuk tabah dan berani menghadapi kehidupan, keluar dari kemiskinan dan yang paling penting memilih pemimpin yang tepat untuk mewakili hak kita.” Tahun ini menurut astrologi China, tahun 2022 adalah tahun Macan Air dan Harimau, iaitu simbol kekuatan, perlindungan, kepekaan, kepimpinan, kepercayaaan diri, keberanian dan simbol kepahlawanan dalam melawan kejahatan serta kesusahan.Selain itu, 100 orang penerima akan menerima tajaan tiket balik kampung bagi membantu masyarakat Cina menikmati keceriaan di tahun Harimau ini.
Pemberian bantuan ini berjumlah RM100,000 adalah daripada Pengerusi Zon Parlimen Segambut MCA, Datuk Daniel Ling Sia Chin.