Posts

Showing posts from February, 2022

HJ NASARUDDIN MENYERU PENEROKA FELDA MEMBERI MANDAT PADA BN

Image
HJ NASARUDDIN MENYERU PENEROKA FELDA MEMBERI MANDAT PADA BN  Kota Tinggi: Pengundi di semua 42 gugusan Felda di Johor diingatkan supaya memilih Barisan Nasional (BN), pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, kali ini.    Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia Wilayah Johor Bahru, Nasarudin Ahmad berkata, ini berikutan, pendapatan bulanan peneroka Felda ketika ini melonjak sehingga RM6000 hingga RM7000 sebulan hasil harga sawit sekitar RM1300 per tan hingga RM1600 per tan sebulan.      "Jika semasa Pakatan Harapan memerintah, harga sawit merudum hingga RM300 per tan, manakala pada ketika ini, harga sawit melonjak begitu tinggi.    "Ini membantu peneroka Felda dan keluarga mereka hidup dengan lebih selesa ketika ini," katanya ditemui di sini, hari ini.    Nasarudin berkata, selain itu, anak peneroka turut diiktiraf oleh BN dlm PRN Johor kali ini apabila mencalonkan lima anak peneroka dalam pilihanraya itu.   "Ini menunjukkan anak p...

PERSAINGAN SEKURANG-KURANGNYA TIGA PENJURU PADA PILIHANRAYA NEGERI (PRN) JOHOR

Image
PERSAINGAN SEKURANG-KURANGNYA TIGA PENJURU PADA PILIHANRAYA NEGERI   (PRN) JOHOR Kota Tinggi: Persaingan sekurang-kurangnya tiga penjuru pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini sebenarnya memberi keuntungan pada Barisan Nasional.    Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Dr Adham Baba berkata, ini adalah peluang terbaik bagi BN untuk menang dengan lebih selesa pada pilihanraya negeri itu.   "Persaingan banyak penjuru peluang baik BN kerana kita ada pengundi putih kita.  "Jadi, undi berpecah selebihnya dalam kalangan parti serpihan lain," katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Iqfa Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Tenggara, di sini, pagi tadi.   Beliau diminta mengulas mengenai persaingan banyak penjuru dalam pilihanraya negeri kali ini.  Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pihaknya begitu yakin dua calon BN bagi DUN Panti dan Pasir Raja akan berjaya mengekalkan kerusi masing-masing yang dimenangi pada Pilihanraya...

SAYA TIDAK PERNAH KERUHKAN HUBUNGAN ISTANA JOHOR- SYED SADDIQ

Image
SAYA TIDAK PERNAH KERUHKAN HUBUNGAN ISTANA JOHOR - SYED SADDIQ PETALING JAYA - Tiada keperluan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk mengeruhkan keadaan dengan pihak Istana Johor, apatah lagi dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya wujud keadaan sebegitu, beliau sendiri sedia menerima kritikan dan teguran daripada pihak istana, lebih-lebih lagi melibatkan kebajikan rakyat negeri itu. "Sebagai anak Johor (saya) begitu menghormati Perlembagaan dan kita akan tetap hormatinya, walaupun menerima kritikan secara terbuka, (saya) terima dengan hati terbuka.  "(Kita) nak melangkah ke hadapan tanpa perlu untuk mengeruhkan keadaan, saya tidak pernah (mengeruhkan keadaan). "Kalau boleh saya nak fokus bawa Johor ke hadapan, mana yang boleh saya kurangkan keruh keadaan, saya akan cuba sebaik mungkin," katanya pada Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku, di sini, malam i...

MUDA MUNGKIN LUPAKAN KERUSI DUN PUTERI WANGSA - SYED SADDIQ

Image
MUDA MUNGKIN LUPAKAN KERUSI DUN PUTERI WANGSA - SYED SADDIQ PETALING JAYA - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun Amanah memberi laluan kepada parti anak muda itu, namun rundingan akan dilakukan semula susulan pihaknya menerima rungutan parti sekutunya, PKR. "Saya menghormati pandangan sahabat dan terima kritikan anak muda, kena terima kritikan ini dengan hati terbuka.  "Saya sudah menghubungi Setiausaha Agung Muda untuk berhubung dengan wanita PKR Johor untuk cari kesepakatan, minta nasihat juga, pimpinan Muda jangan ego.  "Jika tidak dapat diselesaikan, hormati hak mereka untuk bersuara untuk tidak bersetuju dan kita teruskan gerak kerja," katanya dalam Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku, di sini, malam ini. Terdahulu, Ketua Wa...

MUDA TAK AMAL POLITIK BALAS DENDAM - SYED SADDIQ

Image
MUDA TAK AMAL POLITIK BALAS DENDAM - SYED SADDIQ PETALING JAYA - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertapak di Malaysia bukan bertujuan untuk mengamalkan politik balas dendam kepada parti pemerintah, jauh sekali untuk memporak-perandakan negara ini.  Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penubuhan parti itu lebih untuk memastikan politik khidmat dan dasar itu dapat diperkasakan kepada rakyat yang kini jauh lebih matang menilai pemimpin politik.  "Dengan cara ini, suara rakyat dapat diangkat, sebab itu apabila kita tidak bersetuju pun, tak ada sampai nak bergaduh bertumbuk atau bakar tempat, tak ada. "Kalau ikut protes pun, kita cuba seringkas mungkin, polis pun tahu kalau kena siasat kita berikan bantuan penuh kepada pihak polis atas siasatan tersebut," katanya dalam Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku, di sini, malam ini. Dalam pada itu, kehadiran Muda dalam arena politik tanah air mampu menggugat dan menakutkan mana-mana parti lawa...

TIGA BUAH PORTAL DGN KENYATAN PALSU DAN FITNAH KEPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

Image
TIGA BUAH PORTAL DGN KENYATAN PALSU DAN FITNAH KEPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat ke atas tiga buah portal tempatan susulan isu kenyataan palsu dan fitnah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata, ketiga-tiga portal itu adalah Agenda Daily, The Malaysia Live dan dialograkyat.blogspot.com. Katanya, ketiga-tiga laporan berkenaan mengandungi kenyataan palsu dan fitnah jenayah berkaitan kenyataan Perdana Menteri.  “Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri serta menyebarkan kenyataan palsu juga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat. “Artikel di Agenda Daily yang bertajuk Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan yang disiarkan pada 30 Januari 2022 dan diulang siar The Malaysia Life dengan tajuk Ismail Sabri ...