MUDA MUNGKIN LUPAKAN KERUSI DUN PUTERI WANGSA - SYED SADDIQ

MUDA MUNGKIN LUPAKAN KERUSI DUN PUTERI WANGSA - SYED SADDIQ

PETALING JAYA - Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun Amanah memberi laluan kepada parti anak muda itu, namun rundingan akan dilakukan semula susulan pihaknya menerima rungutan parti sekutunya, PKR.

"Saya menghormati pandangan sahabat dan terima kritikan anak muda, kena terima kritikan ini dengan hati terbuka. 

"Saya sudah menghubungi Setiausaha Agung Muda untuk berhubung dengan wanita PKR Johor untuk cari kesepakatan, minta nasihat juga, pimpinan Muda jangan ego. 

"Jika tidak dapat diselesaikan, hormati hak mereka untuk bersuara untuk tidak bersetuju dan kita teruskan gerak kerja," katanya dalam Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku, di sini, malam ini.

Terdahulu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi itu yang berpotensi dipertahankan kepada Muda pada PRN Johor, bulan depan.

DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada Muda untuk ditandingi. - MalaysiaGazette

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER