TIGA BUAH PORTAL DGN KENYATAN PALSU DAN FITNAH KEPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
TIGA BUAH PORTAL DGN KENYATAN PALSU DAN FITNAH KEPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat ke atas tiga buah portal tempatan susulan isu kenyataan palsu dan fitnah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata, ketiga-tiga portal itu adalah Agenda Daily, The Malaysia Live dan dialograkyat.blogspot.com. Katanya, ketiga-tiga laporan berkenaan mengandungi kenyataan palsu dan fitnah jenayah berkaitan kenyataan Perdana Menteri.
“Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri serta menyebarkan
kenyataan palsu juga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.
“Artikel di Agenda Daily yang bertajuk Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan yang disiarkan pada 30 Januari 2022 dan diulang siar The Malaysia Life dengan tajuk Ismail Sabri rayu jangan tarik sokongan bimbang jadi pm paling singkat, serta daripada dialograkyat.blogspot tarikh dan tajuk pada hari yang sama iaitu Ismail Sabri rayu jangan tarik sokongan bimbang jadi PM paling singkat,”katanya ketika ditemui di selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Mohammad Anuar berkata, kenyataan itu dimanipulasikan oleh ketiga-tiga portal berkenaan daripada kenyataan sebenar yab Perdana Menteri pada satu majlis di Bera pada Sabtu 29 Januari 2022.Katanya, pada sidang media itu pemberita daripada ketiga-tiga portal terbabit tidak kelihatan.
“Laporan ini dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan serius ke atas pemilik ketiga-tiga portal terbabit.
“Kita serahkan kepada peguam untuk tindakan susulan,” katanya.