PENGUNDI JANGAN AMBIL MUDAH TAK TURUN MENGUNDI- DATUK HALIMAH


PENGUNDI JANGAN AMBIL MUDAH TAK    TURUN MENGUNDI - DATUK HALIMAH

Kota Tinggi: Pengundi di negeri ini diingatkan supaya tidak ambil mudah tanggungjawab mereka sebagai pengundi dengan berpendapat Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini tidak penting.

  Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, sebaliknya, PRN negeri ini sangat penting untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri itu.

  "Saya berharap seluruh pengundi di Johor, keluarlah beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab kita, untuk memilih kerajaan kita.

 "Saya berharap jangan ada pengundi yang ambil mudah dan kata PRN ini tak penting dan nak tunggu Pilihanraya Umum nanti baru nak mengundi," katanya ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya, di sini, pagi tadi.

  Halimah yang juga Menteri Perpaduan Negara berkata, pengundi tidak perlu risau untuk keluar mengundi berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dilaksanakan dengan baik.

  "Keselamatan pengundi dijaga oleh SPR dan KKM amat baik daripada proses mula hingga selesai mengundi.

  "Jadi, sama-samalah kita keluar mengundi sebelum pusat mengundi ditutup jam 6 petang ini," katanya.

  Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sedili dan Johor Lama sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-14, sebelum kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat ke parti Bersatu.

  Dalam PRN kali ini, calon BN bagi kerusi DUN Sedili diwakili Muszaidi Makmor, manakala kerusi DUN Johor Lama diwakili Norliza Noh.

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER