INAi REPUBLIK LAHIRKAN 100 RIBU USAHAWAN
INAI REPUBLIK LAHIRKAN 100 RIBU USAHAWAN KUALA LUMPUR :- Ingin membantu lebih ramai suri rumah mendapatkan pendapatan tambahan dan memulakan pernigaan tanpa modal, Peneraju inai patuh syariah di Malaysia, Inai Republik berhasrat untuk melahirkan 100 ribu usahawan di dalam industri ini. ” Misi kami memerdekakan kewangan 100 ribu isi rumah, suri rumah untuk jadi usahawan inai republik kata pengasas Puan Syarifah Furaiha dan suaminya Ustaz Azam Azhary di ibupejabatnya di Taman Koperasi Polis fasa 2, Kuala Lumpur hari ini Berpengkalan di Kuala Lumpur, Inai Republic membawakan produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari sumber semulajadi tanpa bahan terlarang, suci untuk beribadah, selamat dipakai tanpa kesan sampingan, tahan lama dan dijamin lima kali ganda lebih merah. Berbeza dengan inai-inai lain di pasaran, Inai Republic merupakan ‘Instant Henna’ yang dihasilkan dan dibancuh khas dengan ramuan bahan-bahan semulajadi seperti Olive Oil, Lavender Oil, Grapefruit Essential Oil...