INAi REPUBLIK LAHIRKAN 100 RIBU USAHAWAN
INAI REPUBLIK LAHIRKAN 100 RIBU USAHAWAN
” Misi kami memerdekakan kewangan 100 ribu isi rumah, suri rumah untuk jadi usahawan inai republik kata pengasas Puan Syarifah Furaiha dan suaminya Ustaz Azam Azhary di ibupejabatnya di Taman Koperasi Polis fasa 2, Kuala Lumpur hari ini
Berpengkalan di Kuala Lumpur, Inai Republic membawakan produk berasaskan inai daun asli (Henna) dari sumber semulajadi tanpa bahan terlarang, suci untuk beribadah, selamat dipakai tanpa kesan sampingan, tahan lama dan dijamin lima kali ganda lebih merah.
Memandangkan persepsi masyarakat kebiasaannya memandang aktiviti berinai sebagai satu tradisi kuno nenek moyang dan digunakan sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan sahaja, Inai Republic ingin memartabatkan tradisi hebat ini bersesuaian dengan peredaran zaman. Inai hakikatnya bukan sekadar tradisi dan sunnah Nabi, bahkan ianya juga berfungsi untuk merawat dan dijadikan sebagai petua kesihatan.
Justeru Inai Republic memperjuangkan tema ‘Inai Moden Yang Merawat’ (Modern Treatment Henna) dan mempunyai visi membudayakan inai ke seluruh Malaysia tak kira usia, bangsa dan agama di zaman ini katanya