16 OKT KUALA LUMPUR LEBIH 600 penunggang motosikal di sekitar Taman Seri Rampai, Setiawangsa menerima manfaat daripada program Petrol Percuma 5.0 yang diadakan selama dua jam.Inisiatif prihatin dilaksanakan Pertubuhan Bukan Kerajaan, MySetiawangsa itu adalah antara usaha diambil bagi ringankan belanja harian golongan sasar rakyat yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.
Bagi Presiden MySetiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah, pendekatan itu diambil sebagai menyahut saranan kerajaan supaya lebih banyak pihak hadir membantu rakyat memerlukan terutama golongan B40
Katanya, program secara berkala yang telah memasuki edisi kelima penganjuran, sangat efektif apabila mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada orang ramai tanpa mengira kaum mahupun peringkat umur. Oleh SYAHIDI BAKAR