MyPPP INTAI KERUSI BUKIT BENDERA

  MyPPP INTAI KERUSI BUKIT                   BENDERA

KUALA LUMPUR: Seorang lagi calon tempatan kini mengintai peluang untuk bertanding di kubu kuat DAP iaitu Parlimen Bukit Bendera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU1

Cenderung memilih kawasan yang majoritinya berbangsa Cina, Ketua Putra MyPPP, Datuk Razalif Zain berkata, segala gerak kerja telah dijalankan sejak 2018 sehingga kini di kawasan berkenaan dan ia mendapat sambutan positif daripada masyarakat di Parlimen berkenaan khususnya.


“Sebenarnya saya telah buat kerja untuk bertanding di situ dan ia bukan perkara baru. Saya dah buat kerja daripada tahun 2018 lagi sebenarnya.

Ads by Kiosked

” Jadi tempat itu memang sesuai dengan saya dan juga saya dibesarkan di kawasan tersebut. Jadi, kawan-kawan sekolah saya, saya dan juga rakan-rakan saya, semuanya di kawasan sini.

Ditanya mengenai keyakinan untuk menang di kawasan tersebut meskipun berlaku kemungkinan berlaku pertembungan empat penjuru, Razalif berkata, beliau akan menjadi tawaran ‘muka baharu’ untuk mereka yang menolak kerajaan pimpinan DAP di negeri itu.

“Tidak semua parti akan mendapat majoriti dalam keadaan politik sekarang ini. Malah, bukan 100 peratus masyarakat Pulau Pinang menyokong DAP, ada juga yang tidak sokong DAP.

“Jadi, biar rakyat menilai siapa calon yang akan dipilih pada hari mengundi nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER