WANG 1MDB "250 PENAMA, RM700JUTA". UMNO PPINANG LAPOR SPRM

WANG 1MDB "250 PENAMA, RM700JUTA". UMNO PPINANG LAPOR SPRM

KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 250 penama yang didakwa menerima wang lebih RM700 juta daripada 1MDB.

Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin berkata, laporan itu akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi.

“Sebahagian besar daripada penama-penama tersebut tidak disiasat dan tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun terdapat jejak wang dan bukti-bukti jelas yang menunjukkan mereka menerima dana 1MDB.

“Ini merupakan suatu tindakan yang berat sebelah dan tidak adil oleh pihak berkuasa ketika itu,” dakwanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno WTC Kuala Lumpur.

“Kami juga ingin suatu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti siapa atau jabatan mana yang memberi arahan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penama-penama tersebut,” katanya.

Selain itu, beliau meminta penama berkenaan dipanggil dan disiasat segera, serta diambil tindakan setimpal.

“Minta keadilan yang sama bagi semua yang terlibat. Adakah ada agenda nak burukkan Umno ketika itu (pentadbiran PH)… Umno Pulau Pinang (sebelum ini) kena beku akaun apabila ada sebahagian kecil terima dana 1MDB,” katanya.



Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER