Posts

Showing posts from March, 2024

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

Image
                          GERAKAN                         PULANGKAN                   DUIT RAKYAT KUALA LUMPUR – Gerakan Pulangkan Duit Rakyat sedia memberi kerjasama kepada pihak polis yang memanggil kami hari ini untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan menganjurkan perhimpunan aman di hadapan Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024. Walaupun sidang media itu melibatkan penyertaan hampir 1,000 ahli Gabungan NGO, namun kami ingin menegaskan ia bukan satu perhimpunan mahupun satu perarakan di jalanan dalam khalayak umum secara terbuka. Sebaliknya Ariffin berkata, ia hanyalah satu sidang media yang dianjurkan secara besar-besaran serta tidak berniat untuk menganjurkan perhimpunan aman hingga boleh menimbulkan kacau ganggu dan menjejaskan ketenteraman awam. Tujuan kami hanya satu, iaitu member...

SPRM PERLU DI BAWAH PANTAUAN ISTANA NEGARA - ARIFFIN

Image
 SPRM PERLU DI BAWAH PANTAUAN ISTANA                 NEGARA - ARIFFIN KUALA LUMPUR – Gerakan Pulangkan Pulangkan Duit Rakyat konsisten menyokong usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengembalikan wang rakyat berbilion ringgit yang hilang akibat pelbagai skandal kewangan di negara ini.  Justeru jurucakapnya, Ariffin Abu Bakar berkata, memandangkan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dilantik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah lebih badan bebas itu juga diletakkan di bawah pentadbiran Istana Negara. Katanya, cadangan yang datang sendiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim itu akan membolehkan lebih banyak tanggungjawab diberi kepada baginda termasuk pemantauan secara terus terhadap SPRM. “Kami menjunjung titah Tuanku ini agar SPRM diletakkan di bawah pantauan Istana Negara dan bukannya Parlimen ketika ini. “Kami juga sedia membantu Yang di-Pertuan Ago...

CABAR PERTUDUHAN, CUBA PERLEKEH KREDIBILITI SPRM - ARIFFIN

Image
  CABAR PERTUDUHAN, CUBA PERLEKEH   KREDIBILITI SPRM - ARIFFIN KUALA LUMPUR - Gerakan Pulangkan Duit Rakyat melahirkan rasa kesal dengan tindakan isteri kepada bekas Menteri Kewangan yang memfailkan permohonan mencabar pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dirinya.  Jurucakapnya, Ariffin Abu Bakar berkata, tindakan itu seolah-olah cuba memperlekeh kewibawaan dan kredibiliti SPRM sebagai badan bebas.  "SPRM sepatutnya bebas untuk menyiasat mana-mana individu yang terkait dengan penyalahgunaan kuasa, kedudukan serta salah laku rasuah di negara ini.  "Tindakan itu mencabar kesahihan pertuduhan itu seolah-olah tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu rakyatnya memerangi rasuah," katanya pada sidang media di luar pekarangan Parlimen di sini, hari ini.  Dalam pada itu, Ariffin juga menggesa SPRM agar terus berani membuat siasatan dan berusaha mendapatkan semula duit rakyat yang didakwa hilang berbilion ringgit dalam pe...

CUBA PERLEKEH KREDIBILITI SPRM - ARIFFIN

Image
                          CUBA PERLEKEH KREDIBILITI                       SPRM - ARIFFIN KUALA LUMPUR - Gerakan Pulangkan Duit Rakyat melahirkan rasa kesal dengan tindakan isteri kepada bekas Menteri Kewangan yang memfailkan permohonan mencabar pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dirinya.  Jurucakapnya, Ariffin Abu Bakar berkata, tindakan itu seolah-olah cuba memperlekeh kewibawaan dan kredibiliti SPRM sebagai badan bebas.  "SPRM sepatutnya bebas untuk menyiasat mana-mana individu yang terkait dengan penyalahgunaan kuasa, kedudukan serta salah laku rasuah di negara ini.  "Tindakan itu mencabar kesahihan pertuduhan itu seolah-olah tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu rakyatnya memerangi rasuah," katanya pada sidang media di luar pekarangan Parlimen di sini, hari ini.  Dalam pada itu, Ariffin juga men...

PULANGKAN DUIT RAKYAT - ARIFFIN

Image
                              PULANGKAN DUIT                       RAKYAT- ARIFFIN KUALA LUMPUR - NGO Pulangkan Duit Rakyat hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu khususnya pemimpin negara yang terlibat dengan salah laku rasuah.  Jurucakapnya, Ariffin Abu Bakar berkata, SPRM perlu melakukan siasatan tanpa tanpa berat sebelah apatah lagi telah menyebabkan kehilangan duit rakyat hingga mencecah berbilion ringgit.  "Kami NGO Gabungan tertanya-tanya apakah langkah seterusnya SPRM tentang kes Tun Daim Zainuddin sebab kita di baw ah ini tertanya-tanya dalam keadaan ekonomi yang teruk ini.  "Kita perlukan jawapan kerana rakyat tertanya-tanya, kita minta SPRM telus dan tidak teragak-agak mengambil tindakan dan tidak pilih bulu mana-mana warganegara Malaysia....

Perhimpunan Agung Khas Bersatu lulus pindaan Perlembagaan – Muhyiddin

Image
  Perhimpunan Agung Khas Bersatu lulus pindaan            Perlembagaan – Muhyiddin            2 March 2024  BATU CAVES – Keenam-enam wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing selepas pindaan Fasal 10 Perlembagaan parti diluluskan pada hari ini. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekosongan enam kerusi Bersatu itu akan berkuatkuasa selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan Bersatu. “Kalau ada ahli-ahli Parlimen atau ADUN yang bertindak luar daripada dasar parti, sebagaimana yang telah berlaku kepada enam ahli Parlimen itu. “Ikut pindaan ini, maka keahliannya terhenti, bermakna dia tidak jadi ahli Bersatu, itu selaras dengan peruntukan Perkara 49(a) Perlembagaan Persekutuan. “Jadi ini akan menjadi pencetus kepada Akta Anti Lompat Parti, makna...