GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

                         GERAKAN                         PULANGKAN                   DUIT RAKYAT

KUALA LUMPUR – Gerakan Pulangkan Duit Rakyat sedia memberi kerjasama kepada pihak polis yang memanggil kami hari ini untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan menganjurkan perhimpunan aman di hadapan Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Walaupun sidang media itu melibatkan penyertaan hampir 1,000 ahli Gabungan NGO, namun kami ingin menegaskan ia bukan satu perhimpunan mahupun satu perarakan di jalanan dalam khalayak umum secara terbuka.

Sebaliknya Ariffin berkata, ia hanyalah satu sidang media yang dianjurkan secara besar-besaran serta tidak berniat untuk menganjurkan perhimpunan aman hingga boleh menimbulkan kacau ganggu dan menjejaskan ketenteraman awam.

Tujuan kami hanya satu, iaitu memberi sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa seorang bekas Menteri Kewangan ke Mahkamah Sesyen kerana gagal mengisytiharkan aset-aset miliknya.

Kami sentiasa menyokong usaha SPRM untuk mengembalikan wang rakyat berbilion ringgit yang hilang akibat pelbagai skandal kewangan berpuluh tahun lamanya di Malaysia.

Dalam masa yang sama, kami tidak akan berdiam diri sekiranya ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan tindakan SPRM mendakwa mana-mana individu mahupun pemimpin politik yang terlibat dengan salah laku rasuah dan salah guna kuasa.

*Kami tidak teragak-agak untuk mengimpunkan lebih ramai pemimpin dan ribuan ahli Gabungan NGO selepas Hari Raya Aidilfitri sekiranya SPRM dan PDRM tidak dihormati dan dicabar di mahkamah kerana dirinya dianiaya dan menjadi mangsa pendakwaan terpilih.*

Kami juga sedia membantu Yang di-Pertuan Agong untuk memburu semua pihak yang korup, salah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah, baik pentadbiran sekarang mahupun sepanjang era pentadbiran 22 tahun 22 bulan lalu. 

Sehubungan itu, kami menggesa SPRM usah gentar dengan mana-mana pihak mencabarnya membawa mana-mana pihak ke muka pengadilan kerana SPRM perlu kekal bebas dan bukannya tunduk kepada tekanan politik. 

Di kala rakyat dihimpit dengan tekanan kos sara hidup melambung tinggi, langkah SPRM untuk menokhtahkan salah guna kuasa dan salah laku rasuah harus disokong semua pihak. 

Dengan kembalinya duit rakyat berbilion ringgit itu diharapkan dapat memberi kelegaan kepada ekonomi Malaysia dan lebih penting menstabilkan nilai ringgit yang jatuh teruk ketika ini. 



*ARIFFIN ABU BAKAR*

*JURUCAKAP*

*GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT*

*18 MAC 2024 (ISNIN)*

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

PEPIM BUKAN SCAMMER