Posts

Showing posts from May, 2024

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

Image
MYRIDE LANCAR APLIKASI,       100 PERATUS MILIK TEMPATAN Kuala Lumpur: Syarikat pengangkutan e hailing tempatan, MyRide melancarkan aplikasinya iaitu MyRide - Malaysia's E Hailing bagi membantu pemandunya mencari pendapatan di sekitar Lembah Klang. Jurucakap MyRide berkata, aplikasi yang dibangunkan awal tahun ini mendapat sambutan malah menggalakkan pemandu dan pengguna untuk menggunakannya. "Sebelum ini, ada banyak aplikasi dari luar negara dan sukar mendapatkan aplikasi tempatan. Dengan MyRide, ia adalah 100 peratus milik tempatan. "Diharapkan pengguna e hailing menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Jurucakap itu berkata, aplikasi berkenaan juga bertanggungjawab menjaga pemandu ketika mencari rezeki. Pada masa sama katanya, MyRide bakal berkolaborasi dengan pelbagai syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk menyebarkan maklumat berhubung kebaikan aplikasi itu. "Apa yang penting adalah pemasaran str...

PENUBUHAN JKDM SABAH TAK DAPAT RESTU, DAKWA ZULKARNAIN

Image
PENUBUHAN JKDM SABAH TAK DAPAT RESTU, DAKWA ZULKARNAIN KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) membantah tindakan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) kerana menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) di Sabah. Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa penubuhan JKDM bukan sahaja tidak dipersetujui bahkan tidak pernah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Sabah. “Penubuhan JKDM di Sabah oleh pemimpin UMNO yang mewakili KKDW tanpa memberitahu atau mendapatkan restu terlebih dahulu dilihat sebagai satu usaha membuli Kerajaan Negeri Sabah termasuk rakyatnya. “Atas alasan apa JKDM dibuat tanpa mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Terdahulu beliau membuat laporan polis ke atas Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan keputusan JKDM diperluaskan ke Sabah tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Sabah di Balai Polis Sri Petaling. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri itu...
Image
   DR ZALIHA TERAJUI MBWP KUKUHKAN   HUBUNGAN KERAJAAN DAN BELIA -   KHAIRUL  RIZAM KUALA LUMPUR – Kesediaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menaungi Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dijangka mampu mengukuhkan hubungan di antara kerajaan dan golongan belia. Presidennya, Khairul Rizam Abu Samah berkata, ia sekaligus dapat mengangkat peranan belia dalam pembangunan modal insan dan penerapaan nilai-nilai sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. “Sebagai penaung MBWP, Dr Zaliha diyakini mampu memberikan bimbingan yang bernas dan berwibawa dalam usaha badan itu dan gabungannya memperkasakan belia Wilayah Persekutuan. “Penganugerahan ini merupakan satu langkah strategik bersama dalam usaha memperkukuhkan hubungan di antara kerajaan dan golongan belia, serta memperhebatkan peranan belia dalam pembangunan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette , hari ini. Sabtu lalu, med...