MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

MYRIDE LANCAR APLIKASI, 
     100 PERATUS MILIK TEMPATAN

Kuala Lumpur: Syarikat pengangkutan e hailing tempatan, MyRide melancarkan aplikasinya iaitu MyRide - Malaysia's E Hailing bagi membantu pemandunya mencari pendapatan di sekitar Lembah Klang.

Jurucakap MyRide berkata, aplikasi yang dibangunkan awal tahun ini mendapat sambutan malah menggalakkan pemandu dan pengguna untuk menggunakannya.

"Sebelum ini, ada banyak aplikasi dari luar negara dan sukar mendapatkan aplikasi tempatan. Dengan MyRide, ia adalah 100 peratus milik tempatan.

"Diharapkan pengguna e hailing menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jurucakap itu berkata, aplikasi berkenaan juga bertanggungjawab menjaga pemandu ketika mencari rezeki.

Pada masa sama katanya, MyRide bakal berkolaborasi dengan pelbagai syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk menyebarkan maklumat berhubung kebaikan aplikasi itu.

"Apa yang penting adalah pemasaran strategik. MyRide tiada niat untuk bersaing dengan syarikat e hailing sedia ada.

"Buat masa ini, MyRide fokus kepada kawasan di Lembah Klang. Namun ada juga kawasan lain seperti Melaka, Johor dan Langkawi yang mendapat perhatian daripada pemandu untuk menyertai kami," katanya.


Beliau berkata, untuk cara pembayaran bergantung kepada pemandu itu sendiri sama ada tunai atau kod QR.

"Aplikasi ini sudah diuji di peringkat antarabangsa. Kami sasarkan penyertaan pemandu seramai 5,000 hingga 10,000 dalam tempoh enam bulan," katanya.

Popular posts from this blog

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER