DR ZALIHA TERAJUI MBWP KUKUHKAN   HUBUNGAN KERAJAAN DAN BELIA -   KHAIRUL  RIZAM


KUALA LUMPUR – Kesediaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menaungi Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dijangka mampu mengukuhkan hubungan di antara kerajaan dan golongan belia.

Presidennya, Khairul Rizam Abu Samah berkata, ia sekaligus dapat mengangkat peranan belia dalam


pembangunan modal insan dan penerapaan nilai-nilai sosial dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Sebagai penaung MBWP, Dr Zaliha diyakini mampu memberikan bimbingan yang bernas dan berwibawa dalam usaha badan itu dan gabungannya memperkasakan belia Wilayah Persekutuan.

“Penganugerahan ini merupakan satu langkah strategik bersama dalam usaha memperkukuhkan hubungan di antara kerajaan dan golongan belia, serta memperhebatkan peranan belia dalam pembangunan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan Dr Zaliha menerima ‘lamaran’ daripada Khairul Rizam sebagai penaung MBWP selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Belia Negara dan Penyampaian Anugerah Perdana Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Bukit Kiara, di sini.

Selain itu, Zaliha juga mengumumkan kelulusan dana kepada MBWP sejumlah RM50,000 untuk memudahkan urusan pentadbiran badan belia itu.

Dalam pada itu, Zaliha juga mengumumkan pelanjutan tarikh penyertaan sebagai ahli Sidang Belia Wilayah Persekutuan sehingga 31 Mei ini bagi memberi ruang kepada lebih ramai calon yang layak dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan. – MalaysiaGazette


Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER