06 Jun 2024 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) prihatin dalam usaha membantu warga Wilayah Persekutuan yang miskin dan kurang berkemampuan. Ini selari dengan usaha dan Hasrat Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim menoktahkan kemiskinan.

Hari ini, Ahli Parlimen Batu, Y.B. Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran turun padang, bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Batu.

4 orang warga Wilayah Persekutuan yang kurang bernasib baik ini menerima bantuan khas pada kali ini ialah 


Penerima 1 : Muthu Kumar a/l Arumugam, 29-11-12 PA Seri Perak
Pemohon mengidap penyakit jantung dan darah tinggi. Beliau terpaksa diberhentikan kerja atas faktor kesihatan yang semakin merosot. Menanggung 5 orang anak yang masih bersekolah dan menjaga ibunya yang uzur.

Penerima 2 : Norizan bt Ab Wahab,B-03-04 PPR Pekan Batu
Pemohon mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis & buasir. Beliau merupakan ibu tunggal yang menanggung 2 orang anak yang masih belajar di IPTA. Pendapatan dari hasil jualan kuih muih bagi menampung kos sara hidup dan perubatannya.

Penerima 3 : Ahmad Fauzi b Arshad, Blok A-2-4 PPR Batu Muda
Pemohon mengidap penyakit stroke dan darah tinggí. Kini beliau terlantar dan diuruskan oleh isterinya sepenuh masa. Anaknya juga mengidap penyakit Tibi yang juga diurus oleh ibunya. 

Penerima 4 : Mohd Salleh b Baharudin, Blok E-01-03 PPR Batu Muda
Pemohon merupakan warga emas yang berumur 70 tahun yang mengidap penyakit darah tinggi. Menanggung adik perempuannya yang merupakan anak dara tua yang juga mengidap penyakit stroke, darah tinggi dan kencing manis. Pada Januari 2024, JKM telah mengambil adiknya untuk ditempatkan di rumah orang-orang tua kerana abangnya tidak mampu menguruskan adiknya yang sakit terlantar.

Turut hadir Pn. Rohani Bt. Hussin Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP dan kakitangan berkaitan
Semoga bantuan yang disalurkan oleh YWP akan menjadi contoh dan diharapkan bantuan yang diberikan mampu mengurangkan beban kedua-dua penerima bantuan ini



YWP mengalu-alukan sumbangan dari individu atau syarikat korporat untuk bersama-sama YWP dalam usaha meningkatkan taraf hidup warga Wilayah serta menoktahkan kemiskinan bandar dengan menyalurkan sumbangan anda ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP di CIMB Bank, No akaun: 8001103675 atas nama "YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN" serta catatkan kod "SUMBANGAN TABUNG YWP"

#MalaysiaMadani
#KerajaanPerpaduan
#YayasanWilayahPersekutuan
#YWP2023
#WilayahPersekutuan

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER