Posts

Showing posts from May, 2018

BN PERLIS AKAN PERSEMBAHKAN 11 NAMA CALON MB KEPADA RAJA PERLIS MINGGU DEPAN

Image
Ellie Suriaty terkilan jadi bahan   kecaman  KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, terkilan apabila perbezaan fahaman politik membuatkan dirinya sering menjadi bahan kecaman serta sendaan rakan selebriti. Menurut Ellie, 48, dia lebih berasa kecewa apabila segelintir selebriti mendakwa semangatnya dalam memperjuangkan UMNO disebabkan wang. “Saya pernah menegur seorang selebriti apabila dia mendakwa tindakan saya dan seorang teman menangis ketika bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sangat lucu, selain saya kononnya dibayar. “Kenapa perlu buat tuduhan sedemikian, sedangkan saya lihat dirinya sendiri tidak pernah menyumbangkan apa-apa. Takkanlah saya sanggup memperjudikan kerjaya seni yang sudah berusia dua dekad semata-mata kerana duit? “Jika betul saya dibayar, perjuangan saya akan jadi seperti yang dibayar, bukannya seperti dilakukan ketika ini,...

KASIHAN DENGAN TUN MAHATHIR - KU NAN

Image
KASIHAN DENGAN TUN MAHATHIR – KU NAN Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui berasa kasihan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipercayai dihina oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming. Menurutnya, Barisan Nasional (BN) sedar mantan perdana menteri itu sedang diperkudakan DAP demi kepentingan politik. “Tun Mahathir ini saya kasihan.  “Memang kita tahu dia diperkudakan oleh pembangkang dan DAP,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rakaman video Nga Kor Ming sedang menghina Mahathir yang tular dalam media sosial. Dalam rakaman tersebut, calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan itu dilihat menghina Mahathir dengan teruk dalam satu ucapannya di atas pentas. Sambil menunjuk ke arah gambar Mahathir, beliau dengan biadabnya mengatakan konon bekas perdana menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew sedang menunggu Mahathir untuk sama- sama bermain mahjong. Ucapannya dalam bahasa Mandarin itu turut disam...

RAIS YATIM MASIH AHLI UMNO -KU NAN

Image
       RAIS YATIM MASIH AHLI UMNO – KU NAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memperbetulkan kenyataannya dengan mengesahkan keahlian Tan Sri Rais Yatim belum digugurkan UMNO. Sebaliknya kata Setiausaha Agung UMNO itu, hanya Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz dipecat berkuatkuasa Jumaat. Beliau berkata, UMNO sudah menyerahkan surat menggugurkan keahlian parti kepada Rafidah dan Daim hari ini susulan sokongan mereka terhadap pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam parti. “Status keahlian Tan Sri Dr Rais Yatim masih di peringkat perbincangan untuk tindakan selanjutnya. “Saya ingin memperbetulkan, hanya satu lagi belum (digugurkan keahlian) iaitu (Tan Sri Dr) Rais Yatim. Saya baru bermesyuarat di ibu pejabat tadi dan (status) Rais masih kabur. “Kita sudah menghantar dua surat (menggugurkan keahlian) dan satu lagi surat ditahan kerana (tindakan) Rais masih samar-samar. Jadi kita belum menggugurkan lagi (keahlian) R...

Najib Luah Rasa Hati,Harapan Pada Rakyat Malaysia

JANJI DUA TAHUN SELESAI MASALAH RAKYAT

Image
                      JANJI DUA TAHUN SELESAI             MASALAH  RAKYAT KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit        Lanjan, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof,      berjanji akan menyelesaikan masalah pengundi kawasan itu dalam tempoh dua tahun selepas dilantik menjadi wakil rakyat. Janji itu termaktub dalam surat akuan bersumpah yang ditandatanganinya hari ini. Dalam akuan bersumpah itu, beliau berikrar dan berjanji akan melaksanakan tugas selaku ADUN Bukit Lanjan dengan baik dan cekap jika diberi peluang oleh 64,217 pengundi di Bukit Lanjan (N37) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). "Jika dipilih pengundi, saya bersumpah akan menyelesaikan segala masalah masyarakat Bukit Lanjan secara munasabah dalam tempoh 730 hari atau dua tahun bermula dari tarikh saya mengangkat sumpah sebagai...