Posts

Showing posts from June, 2018

KETUA UMNO KLCC BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP GUAN ENG

Image
    Ketua Umno KLCC buat laporan polis      terhadap Guan Eng KUALA LUMPUR: Ketua Umno Cawangan KLCC hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan di balai polis Dang Wangi kira-kira jam 1.25 tengah hari. Laporan dibuat oleh Dato' Sri Dzulkarnain Taib adalah berkaitan kenyataan akhbar Lim Guang Eng yang menggunakan bahasa mandarin ketika berhadapan dengan wartawan berkaitan projek TRX dan TRXC. "Tindakan ini dianggap telah melanggar perkara 152 (1) dan (6) perlembagaan negara yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya dalam sidang media yang di adakan di luar perkarangan IPD Dang Wangi. Sehubungan itu, beliau memohon pihak polis menyiasat perkara ini.  Beliau yang juga Presiden Yayasan Media Hebat berkata sikap Guang Eng yang mendewa-dewakan bahasa mandarin ini seolah-olah bahasa Melayu yang digunakan oleh rakyat negara ini bukan bahasa rasmi negara. "Guang Eng telah melanggar sumpah yang dilapazkan...

PAKATAN HARAPAN SEDANG RETAK - ZAHID

Image
     PAKATAN HARAPAN SEDANG RETAK –ZAHID Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat pelbagai masalah dalam gabungan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan pada masa kini. Beliau berkata masalah dalam PH berpotensi untuk meruntuhkan gabungan tersebut dalam masa terdekat, justeru memberi peluang kepada UMNO untuk kembali ke Putrajaya. “Pembentukan kerajaan bukan setakat tunggu Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) sahaja. “Kita tahu dekat sana pun ada retak sana retak sini, yang retak pun mencari UMNO,” katanya dalam satu ucapan sempena majlis tertutup UMNO di PWTC pada Isnin. Walaubagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara terperinci permasalahan yang didakwa wujud dalam gabungan PH itu. Susulan dakwaan krisis dalaman PH tersebut, Ahmad Zahid meminta supaya semua ahli termasuk ahli Parlimen UMNO untuk kekal di dalam parti walaupun dalam keadaan tertekan. “Saya nak inga...

PERJUANGAN MYPPP DITERUSKAN SEPERTI BIASA

Image
  Perjuangan  myPPP diteruskan seperti biasa KUALA LUMPUR - Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP), Tan Sri M. Kayveas meneruskan perjuangannya dalam parti seperti biasa walaupun tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu menyaksikan pelbagai spekulasi pimpinan beliau dalam MyPPP. Beliau berkata, pejuangan harus diteruskan demi masa depan rakyat yang masih memerlukan pihak yang boleh melaksanakan pembangunan dan bukan hanya pandai berpolitik. “Daripada dahulu sehingga sekarang, fokus kami hanya untuk menyempurnakan apa yang kita perlu lakukan bersama rakyat walaupun pelbagai tohmahan telah banyak dilemparkan kepada kami akhir-akhir ini.  “Sepanjang lebih 20 tahun kami menjadi pemerhati di beberapa kawasan lembah Pantai ini seperti rumah anak yatim serta warga yang kurang berpendapatan, kami menjadi penghibur kepada mereka menceriakan suasana apabila tiba setiap musim perayaan,” berkata beliau selepas Majlis Iftar di Wi...

BERI KERAJAAN 'HONEYMOON'

Image
    BERI PELUANG KERAJAAN                     ‘HONEYMOON’ Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menafikan UMNO-Barisan Nasional (BN) seolah-olah hilang arah selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) dan tidak mampu menjadi pembangkang yang berwibawa. Sebaliknya, beliau berkata UMNO sedang memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menikmati fasa ‘honeymoon’ meraikan kemenangan dalam PRU-14. “Kita tidak hilang arah, kita bukan honeymoon, kerajaan yang honeymoon. “Jadi bila kerajaan tengah berbulan madu ni, kita bagi mereka peluang untuk bertenang sekejap. “Lagipun Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri keluarkan kenyataan jangan terlalu cepat nilai kerajaan, baru tiga minggu, jadi kita bertenang, bagi peluang,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO seluruh negara di Kuala Lumpur pada Jumaat....