BERI KERAJAAN 'HONEYMOON'


    BERI PELUANG KERAJAAN                   ‘HONEYMOON’



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menafikan UMNO-Barisan Nasional (BN) seolah-olah hilang arah selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) dan tidak mampu menjadi pembangkang yang berwibawa.

Sebaliknya, beliau berkata UMNO sedang memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menikmati fasa ‘honeymoon’ meraikan kemenangan dalam PRU-14.

“Kita tidak hilang arah, kita bukan honeymoon, kerajaan yang honeymoon.


“Jadi bila kerajaan tengah berbulan madu ni, kita bagi mereka peluang untuk bertenang sekejap.

“Lagipun Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri keluarkan kenyataan jangan terlalu cepat nilai kerajaan, baru tiga minggu, jadi kita bertenang, bagi peluang,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO seluruh negara di Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Mengulas lanjut, beliau berkata UMNO-BN kini sedang merangka strategi yang baharu dan menyelesaikan beberapa perkara sebelum tampil sebagai pembangkang yang berkesan.

“Kita fokus laksanakan semua perkara di sebalik tabir, kita susun atur strategi, rancang penstrukturan semula BN dan UMNO kerana kita akan ada pemilihan parti tidak lama lagi jadi kita selesaikan semua ini dahulu.

“Kalau kita cakap banyak pun semua ‘kondem’ kita sahaja nanti.

“Kita bertenang dan pada masa sama laksanakan kerja, apabila parlimen dibuka nanti kita akan muncul sebagai pembangkang yang berwibawa,” katanya.
Watan online

Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER