KU LI TERAJUI JEMAAH PENASIHAT UMNO
KU LI TERAJUI JEMAAH PENASIHAT UMNO UMNO mengumumkan penubuhan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah selaras dengan aspirasi ahli parti mahukan perubahan terhadap struktur pentadbirannya. Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC, petang Jumaat. "MT hari ini telah memutuskan beberapa perkara untuk memenuhi hasrat akar umbi yang mahukan beberapa perubahan perlu dilakukan. "Oleh itu MT hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah. MT juga telah bersetuju menubuhkan sembilan majlis yang pertanggungjawabkan bagi memperkasakan UMNO," katanya pada sidang media. Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar ...