KU LI TERAJUI JEMAAH PENASIHAT UMNO


KU LI TERAJUI JEMAAH PENASIHAT UMNO 


UMNO mengumumkan penubuhan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah selaras dengan aspirasi ahli parti mahukan perubahan terhadap struktur pentadbirannya.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC, petang Jumaat.


"MT hari ini telah memutuskan beberapa perkara untuk memenuhi hasrat akar umbi yang mahukan beberapa perubahan perlu dilakukan.

"Oleh itu MT hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan Jemaah Penasihat yang dipengerusikan Tengku Razaleigh Hamzah. MT juga telah bersetuju menubuhkan sembilan majlis yang pertanggungjawabkan bagi memperkasakan UMNO," katanya pada sidang media.


Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bagi menawarkan jawatan berkenaan kepada veteran UMNO terbabit.

Ditanya mengenai peranan Jemaah Penasihat dan keanggotaannya, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan diumumkan Tengku Razaleigh kelak.




Sementara itu, Ahmad Zahid berkata UMNO juga membuat perubahan dengan menurunkan had umur keahlian bagi menyertai parti itu.

"UMNO memutuskan untuk menurunkan had umur keahlian daripada 18 kepada 16 tahun, ini bersesuaian perubahan baharu (had umur) untuk mengundi," katanya.

Salam sejahtera,
Dimaklumkan Ahli Parlimen Rembau, YB  Khairy Jamaluddin akan turun berkempen di PRK Sungai Kandis (PDM Johan Setia) pada Sabtu, 28 Julai 2018.


Sumber: Watan online








Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER