Posts

Showing posts from April, 2020

FASSZ FOOD TAWAR MAKANAN DAN PENGHANTARAN HALAL

Image
  Fassz Food Tawar Makanan     Dan Penghantaran Halal Kuala Lumpur: Halal dari dapur restoran sampai ke rumah pelanggan. Itu tawaran operator penghantar makanan, Faszz Technology (M) Sdn Bhd khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan ini. Dengan penyediaan dan khidmat penghantaran yang mematuhi konsep halal seperti disarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia akan memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan makanan tanpa perlu ragu-ragu lagi. Pengasas Faszz Technology, Datuk Ishak Mohd Ishtiaq berkata penghantaran makanan halal yang dikendalikan syarikatnya diperakui Jakim. Katanya pihaknya bekerjasama dengan Syed Food Industry untuk menghantar produk makanan Syed di sekitar Lembah Klang bermula semalam.   "Khidmat diberikan penghantar mematuhi garis panduan dari segi keselamatan makanan dan kebersihan selain menepati standard tempoh penghantaran. "Khidmat peng...

MASALAH SELESAI, DEEJAY SELAMAT - AZMAN KANG

Image
MASALAH SELESAI, DEEJAY SELAMAT - AZMAN KANG Kuala Lumpur: Isu berkaitan seorang deejay wanita yang dipercayai bergaduh dengan majikannya di dalam live Facebook semalam sudah selesai. Aktivis masyarakat, Azman Kang Abdullah berkata, perkara itu disahkan deejay berkenaan menerusi Facebook pagi ini. Katanya, biarpun tidak menerima aduan secara rasmi berhubung kejadian itu, dia merasa terpanggil untuk membantu dengan menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya. Terdahulu sebuah media melaporkan Azman meminta polis menyiasat kejadian pergaduhan malam tadi untuk memberi keadilan kepada deejay terbabit. Ia berlaku ketika live berkenaan ditonton lebih 4,000 warganet yang mendengar luahan deejay terbabit mengenai gaji yang tidak dibayar majikannya. Selepas beberapa ketika, telefon deejay itu dirampas seorang wanita lain dipercayai majikannya yang meminta dia menghentikan rakaman langsung itu. Tindakan itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen yang ingin mengetahui apa yang...

PRESMA GESA KAJI TEMPO OPERASi,KADAR LEVI

Image
PRESMA GESA KAJI TEMPO OPERASI, KADAR LEVI Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menyambut baik lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Ini bermakna, ia juga akan dijalankan ketika umat Islam di negara ini berpuasa yang dijangka pada 26 April akan datang. Presma ingin mencadangkan agar kerajaan mengubah waktu perniagaan yang dibenarkan sekarang iaitu dari jam 8 pagi hingga 8 malam kepada 5 pagi hingga 6 petang sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan umat Islam membeli juadah bersahur dan berbuka. Dengan cara itu, kita semua boleh berpuasa di dalam tempoh PKP tanpa banyak masalah kerana restoran yang menjual makanan muslim dibuka pada waktu tersebut. PRESMA juga ingin menarik perhatian kerajaan mengenai isu levi pekerja asing yang sudah memasuki tempoh 10 tahun atau lebih. Kerajaan sebelum ini menetapkan kadar levi sebanyak RM6,000 bagi pekerja asing yang bekerja lebih 10 tahun di ne...