MASALAH SELESAI, DEEJAY SELAMAT - AZMAN KANG

Kuala Lumpur: Isu berkaitan seorang deejay wanita yang dipercayai bergaduh dengan majikannya di dalam
live Facebook semalam sudah selesai. Aktivis masyarakat, Azman Kang Abdullah berkata, perkara itu disahkan deejay berkenaan menerusi Facebook pagi ini. Katanya, biarpun tidak menerima aduan secara rasmi berhubung kejadian itu, dia merasa terpanggil untuk membantu dengan menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.
Terdahulu sebuah media melaporkan Azman meminta polis menyiasat kejadian pergaduhan malam tadi untuk memberi keadilan kepada deejay terbabit. Ia berlaku ketika live berkenaan ditonton lebih 4,000 warganet yang mendengar luahan deejay terbabit mengenai gaji yang tidak dibayar majikannya.
Selepas beberapa ketika, telefon deejay itu dirampas seorang wanita lain dipercayai majikannya yang meminta dia menghentikan rakaman langsung itu. Tindakan itu menimbulkan tanda tanya kepada netizen yang ingin mengetahui apa yang terjadi kepada deejay berkenaan.