PENGUNDI BAHARU WAJIB TURUNMENGUNDI
PENGUNDI BAHARU WAJIB TURUN MENGUNDI
Kota Tinggi: Pengundi baharu yang baru pertama mengundi pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, kali ini, memainkan peranan penting bagi menentukan kestabilan politik di negeri itu.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Norliza Noh berkata, menerusi kempen yang dijalankan di sekitar DUN Johor Lama, beliau mendapati pengundi baharu amat bersemangat membuang undi pada Sabtu ini.
"Bagi mereka (pengundi baharu) inilah pengalaman baharu bagi mereka.
"Saya selalu ingatkan mereka ambil peluang ini untuk mengundi terutama menentukan kestabilan pada masa depan terutama sekali di Johor," katanya ketika ditemui selepas Program Kibar Bendera Menaiki Bot di sungai di Kampung Makam di sini, semalam.
Mengenai pengundi dewasa pula, Norliza berkata, mereka pula tidak sabar menantikan apakah yang BN tawarkan kepada mereka jika memenangi pilihanraya itu.
"Saya mayakinkan mereka bahawa BN akan memenuhi segala janji yang telah diberikan kepada mereka.
"Sudah semestinya BN memberikan mereka yang terbaik untuk kesejahteraan mereka pada masa akan datang," katanya.