TAK PERLU CAKAP SOAL INTEGRITI

 TAK PERLU CAKAP       SOAL INTEGRITI     

      

Mersing: Parti pembangkang dibidas kerana asyik memainkan isu integriti sedangkan integriti mereka sendiri dipersoalkan.

  Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, Barisan Nasional (BN) bukan seperti parti pembangkang yang bercakap tidak serupa bikin.

  "Kita tak macam orang yang cakap pasal integriti, tapi dalam masa sama kes tengah berjalan, kes itu digugurkan begitu sahaja.

  "Jadi siapa yang berintegriti sekarang... jangan cakap pasal itegriti lah.

  "Parti awak itu penuh dengan katak katak lompat, apa integriti dia nak cakap," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Tengahari di pejabat UMNO Bahagian Mersing, di sini, hari ini.

  Hadir sama dua calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Mohd Youzaime Yusof dan calon DUN Tenggaroh, Raven Kumar Krishnasamy.

  Mengulas mengenai isu kluster mahkamah yang dimainkan pembangkang pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, Mohamad berkata, beliau yakin pengundi di Johor tidak akan terpengaruh dengan taktik pembangkang itu.

  "Terbukti di Melaka orang dah boleh menilai kluster mahkamah dan apa kena mengenanya di Johor.

  "Kerana Datuk Seri Najib bukan bertanding di sini. Kalau pun menang di Johor macam di Melaka menang tiga per empat, bukan dua per tiga, tak ada  pula kes Datuk Seri Najib dibuang mahkamah.

  "Tak ada pula mahkamah terpukau  dengan kemenangan tiga per empat tersebut dan membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

  "Malah, Ahmad Zahid terpaksa membela diri dalam zaman Perdana Menteri adalah dari UMNO," katanya.



Popular posts from this blog

MyRide Lancar Aplikasi, 100 peratus milik tempatan

GERAKAN PULANGKAN DUIT RAKYAT

PEPIM BUKAN SCAMMER