SIASAT DAN DAKWA SEGERA SHAFIE APDAL EJEN FILIPINA - NGO G57
SIASAT DAN DAKWA SEGERA SHAFIE APDAL EJEN FILIPINA - NGO G57 KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa pihak polis menyiasat dakwaan aktivis anak muda bernama Jufazli Shi Ahmad yang mengaitkan nama Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ejen sehingga Filipina semakin berani untuk menuntut Sabah. Menurut Pengerusi Penaja G57, Datuk Zulkarnain Mahdar, beberapa video yang telah dimuat naik oleh Jufazli di media sosial, Facebook termasuk aplikasi WhatsApp, sehingga menimbulkan kegusaran awam khususnya rakyat Sabah. “Harus diingat Kerajaan Filipina baru-baru ini telah bercadang untuk memasukkan Sabah ke dalam peta Pasport Antarabangsa Filipina dan sebelum ini Sabah juga pernah diceroboh sehingga mengorbankan nyawa perajurit negara oleh pengganas yang mengaku sebagai kerabat Sultan Sulu. “Dalang orang pencerobohan tersebut seorang rakyat Sabah turut didakwa di mahkamah kerana telah bersubahat dengan pengganas Sulu. Jufazli turut serta menyatakan bukti untuk menyokong tuduhan ...