CALON BARISAN NASIONAL (BN) NORLIZA NOH MENENANGI KERUSI DEWAN UNDANGAN (DUN) JOHOR LAMA MENEWASKAN TIGA CALON LAIN
CALON BARISAN NASIONAL (BN) NORLIZA NOH MENENANGI KERUSI DEWAN UNDANGAN (DUN) JOHOR LAMA MENEWASKAN TIGA CALON LAIN Kota Tinggi: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan (DUN) Johor Lama, Norliza Noh, memenangi kerusi berkenaan menewaskan tiga calon lain. Norliza menang dengan majoriti 6,039 apabila memperolehi 12,171 undi. Calon dari Perikatan Nasional (PN), Alias Rasman, memperolehi 6,132 undi, Omar Mokhtar Ahmad dari PKR mendapat 1,527 undi dan calon Pejuang, Shukor Ahmad, hanya 268 undi. Norliza berkata, beliau akan mengotakan janjinya iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan DUN berkenaan. "Alhamdulillah, pengundi di DUN Johor Lama memilih untuk kestabilan untuk masa depan mereka. "Segala janji dalam manifesto yang pertama iaitu untuk menaikkan ekonomi di DUN Johor Lama khususnya kepada orang-orang muda. "InshaAllah, setelah saya diberikan peluang ini, saya akan melakukan yang terbaik," katanya ditemui ...