Posts

Showing posts from October, 2022
Image
PROGRAM FINAS ANJUR      EKSPRESI@FINAS Hulu Kelang, 20 Oktober 2022- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia atau singkatannya EKSPRESI@FINAS. la adalah program pembangunan dan jaringan industri FINAS bersama komuniti kreatif dalam merakyatkan filem.Ia akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23 Oktober 2022 (Ahad) hingga 24 Oktober 2022 (Isnin) di Kompleks Studio Merdeka, FINAS Hulu Kelang.  Pelbagai aktiviti telah kita rancang bagi pengisian sepanjang 2 hari program berlangsung.  Aktiviti telah dibahagiakan bahagikan kepada 4 komponen utama iaitu Ekspresi Bakat Ekspresi Seni, Ekspresi Minda dan Ekspresi Komuniti. Antara aktiviti yang telah dirancang sepanjang program tersebut adalah sesi uji bakat bersama syarikat produksi, uji bakat suara latar, sesi tayangan dan apresiasi filem tempatan, persembahan penggiat industri kreatif dan komuniti, sesi perkongsian ilmu bersama pengg...
Image
PRU15 : BN PERLU RAMAI CALON ANAK MUDA - NURAIZAT KUALA LUMPUR - Peletakkan calon politik muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah  langkah yang efektif bagi menarik minat dan keyakinan para pengundi muda yang pertama kali bakal mengundi. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam perkara itu  adalah penting untuk Barisan Nasional kerana golongan pengundi muda yang berusia 18 hingga  21 tahun berasa lebih dekat dengan calon-calon muda yang bakal menjadi suara dan wakil mereka di masa hadapan berbanding calon politik yang lebih senior. Aizat Azam berkata, selain itu golongan pengundi muda sekarang juga lebih bijak, peka dan  mengambil berat mengenai manifesto yang diperjuangkan oleh calon atau parti tertentu. Oleh itu, katanya, beliau mempunyai rancangan yang jelas dan teratur untuk masa depan generasi  muda jika diberikan mandat oleh rakyat pada PRU15 bagi memperkasakan golongan muda. “BN dan UMNO perlu menawarkan janji man...

PRU15: BN PERLU RAMAI CALON ANAK MUDA - NUR AIZAT

Image
PRU15: BN PERLU RAMAI CALON ANAK MUDA - NURAIZAT KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu berani meletakkan lebih ramai calon muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai langkah yang efektif bagi menarik minat dan keyakinan para pengundi muda yang pertama kali mengundi. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, langkah itu adalah penting untuk BN kerana golongan pengundi muda yang berusia 18 hingga 21 tahun (Undi18-21) lebih dekat dengan calon muda yang bakal menjadi suara dan wakil mereka pada masa hadapan berbanding calon politik yang lebih senior. Beliau berkata, selain itu golongan pengundi muda juga sekarang lebih bijak, peka dan mengambil berat mengenai manifesto yang diperjuangkan oleh calon atau parti tertentu. Oleh itu, kata anak kelahiran Merbok, Kedah ini, beliau mempunyai rancangan yang jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda jika diberikan mandat oleh rakyat pada PRU15 bagi memperkasakan golongan muda. “Kita sedar manifesto...

TAK TAKUT DIGELAR PENGKHIANAT– HILMAN

Image
TAK TAKUT DIGELAR PENGKHIANAT - HILMAN KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Hilman Idham menolak tuduhan beliau pengkhianat selepas bersama sekumpulan bekas pemimpin parti itu dalam Langkah Sheraton. Tegasnya, beliau juga tidak pernah melompat parti sebagaimana didakwa oleh pemimpin PKR, sebaliknya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas dipecat. “Selepas itu, saya digelar pengkhianat. Saya tidak takut digelar pengkhianat. Saya ada prinsip dan integriti. “Saya berhijrah ke Bersatu disebabkan hendak selamatkan rakyat dan negara kerana kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir tidak seperti yang dicanangkan sebelum jadi kerajaan. “Saya tahu, sebab saya bersama kerajaan PH selama itu. Kelakuan dan tindak tanduk PH dalam kerajaan dan di luar kerajaan sangat berbeza, malah lebih dahsyat daripada kerajaan UMNO, Barisan Nasional (BN),” katanya. Beliau berkata demikian berucap pada Persidangan Agung Tahunan Armada, Srikandi dan Srikandi Muda...
Image
        16 OKT KUALA LUMPUR LEBIH 600 penunggang motosikal di sekitar Taman Seri Rampai, Setiawangsa menerima manfaat daripada program Petrol Percuma 5.0 yang diadakan selama dua jam.Inisiatif prihatin dilaksanakan Pertubuhan Bukan Kerajaan, MySetiawangsa itu adalah antara usaha diambil bagi ringankan belanja harian golongan sasar rakyat yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. Bagi Presiden MySetiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah, pendekatan itu diambil sebagai menyahut saranan kerajaan supaya lebih banyak pihak hadir membantu rakyat memerlukan terutama golongan B40   Katanya, program secara berkala yang telah memasuki edisi kelima penganjuran, sangat efektif apabila mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada orang ramai tanpa mengira kaum mahupun peringkat umur. Oleh SYAHIDI BAKAR 

WANG 1MDB "250 PENAMA, RM700JUTA". UMNO PPINANG LAPOR SPRM

Image
WANG 1MDB "250 PENAMA, RM700JUTA". UMNO PPINANG LAPOR SPRM KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan 250 penama yang didakwa menerima wang lebih RM700 juta daripada 1MDB. Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin berkata, laporan itu akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi. “Sebahagian besar daripada penama-penama tersebut tidak disiasat dan tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun terdapat jejak wang dan bukti-bukti jelas yang menunjukkan mereka menerima dana 1MDB. “Ini merupakan suatu tindakan yang berat sebelah dan tidak adil oleh pihak berkuasa ketika itu,” dakwanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno WTC Kuala Lumpur. “Kami juga ingin suatu siasatan dijalankan untuk mengenal pasti siapa atau jabatan mana yang memberi arahan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penama-penama tersebut,” katanya. Selain itu, beliau meminta penama berkenaan dipanggil dan di...
Image
Kuala Lumpur: Pengerusi Perhubungan Umno negeri sudah diminta untuk memberikan senarai nama yang bakal bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian mulai Isnin minggu depan kepada Top 5 bagi penentuan calon. Perkara itu antara yang terkandung dalam amanat pada perjumpaan khas bersama Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini yang membabitkan semua 191 bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon berkenaan perlu mempunyai tiga kriteria iaitu WALI iaitu boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable). "Siapa yang memenuhi kriteria ini akan menjadi calon Umno. ""Senarai boleh diberikan mulai Isnin depan,” katanya dalam sidang media selepas perjumpaan khas itu yang turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad ...

MyPPP INTAI KERUSI BUKIT BENDERA

Image
   MyPPP INTAI KERUSI BUKIT                   BENDERA KUALA LUMPUR: Seorang lagi calon tempatan kini mengintai peluang untuk bertanding di kubu kuat DAP iaitu Parlimen Bukit Bendera pada   Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU1 Cenderung memilih kawasan yang majoritinya berbangsa Cina, Ketua Putra MyPPP, Datuk Razalif Zain berkata, segala gerak kerja telah dijalankan sejak 2018 sehingga kini di kawasan berkenaan dan ia mendapat sambutan positif daripada masyarakat di Parlimen berkenaan khususnya. “Sebenarnya saya telah buat kerja untuk bertanding di situ dan ia bukan perkara baru. Saya dah buat kerja daripada tahun 2018 lagi sebenarnya. Ads by  Kiosked ” Jadi tempat itu memang sesuai dengan saya dan juga saya dibesarkan di kawasan tersebut. Jadi, kawan-kawan sekolah saya, saya dan juga rakan-rakan saya, semuanya di kawasan sini. Ditanya mengenai keyakinan untuk menang di kawasan tersebut meskipun berlaku kemungkinan berlaku pe...
Image
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung pada malam ini, 30hb September 2022 bersamaan 4 Rabiul Awal 1444 Hijrah dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Presiden UMNO telah mencapai beberapa ketetapan berikut: 1.Pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan pada tahun ini juga. Berdasarkan keputusan ini, YAB Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. 2.Keputusan Mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat Pandemik Covid-19  setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka. 3.Sehubungan itu, semua jentera parti di setiap peringkat adalah diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki ...