Posts

Showing posts from September, 2020

ANAK FLAT MENYINAR DI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA W. PERSEKUTUAN

Image
ANAK FLAT MENYINAR DI SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA W.PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Persatuan Belia Seri Cempaka (PBSC) Lembah Pantai hari ini dinobatkan sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia pada majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan. "PBSC ini adalah untuk membuktikan bahawa anak-anak flat juga boleh memenangi anugerah di peringkat kebangsaan,” kata Pengerusi  Persatuan Belia Cempaka (PBSC) Khairil Roy Azuan Kamaruddin kepada pemberita selepas majlis penganugerahan. Katanya, PBSC turut muncul sebagai Johan Pertubuhan bagi Anugerah Perdana Belia Negara pada sambutan peringkat kebangsaan Ogos lalu. Jelasnya, program belia yang mereka lakukan tidak terbatas di Lembah Pantai sahaja dan program itu memfokuskan untuk memperbaiki mereka yang bermasalah berubah menjadi pemimpin pada masa akan datang. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah  Persekutuan (Pengurusan dan Sosioekonomi) Datuk Wan Ahma...

ARMADA BUKIT BINTANG TOLAK CALON PENCEN, ORANG LAMA TERAJUI DBKL

Image
ARMADA BUKIT BINTANG TOLAK CALON PENCEN, ORANG LAMA TERAJUI DBKL KUALA LUMPUR - Angkatan Bersatu Muda (ARMADA) Bahagian Bukit Bintang hari ini menolak calon Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam kalangan pesara kerajaan mahupun penjawat awam yang berusia. Ketuanya, Mohd Norhisham Abd Karim menegaskan, calon Datuk Bandar Kuala Lumpur mestilah individu yang masih berkhidmat dalam kerajaan dan bukannya orang lama yang dikitar semula.  "Saya menyeru kerajaan dan pucuk pimpinan yang diberi kuasa atauyang mempunyai kuasa memilih, calon Datuk Bandar Kuala Lumpur, mereka mestilah teliti senarai calon-calon yang layak dan masih dalam perkhidmatan.  "Bukannya kitaran orang politik lama yang mana orang muda tidak dapat mengambil peluang untuk bersaing seperti peluang naik pangkat dan kedudukan lebih baik. "Sekiranya kita pilih orang pencen, bagaimana orang bawah yang nak naik pangkat atau pergi lebih jauh dan menambahbaik pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini," katanya ...

MELAKA SEKTOR PELANCONGAN DIJANGKA TERUS BERTUMBUH WALAUPUN KES POSITIF COVID-19 MENINGKAT

Image
Sektor pelancongan Melaka dijangka terus bertumbuh walaupun kes positif Covid-19 meningkat KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan di Melaka dijangka terus bertumbuh menjelang Jun 2021 meskipun jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat dan mencecah tiga di angka yang kini menular di Sabah.  Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali melahirkan keyakinan itu susulan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat di negeri itu masih tinggi sehingga sekarang.  "Alhamdulillah Melaka di antara tiga negeri yang terbaik dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan SOP yang ditetapkan kerajaan pusat.  "Saya yakin kalau rakyat Melaka begitu juga pelancong yang hadir ke Melaka sentiasa mematuhi arahan seperti mana yang ditetapkan, kita dapat memutuskan rantaian Covid-19. "Saya bukan tidak bimbang dengan peningkatan kes tapi saya yakin sektor pelancongan di Melaka ini boleh dipertingkatkan walaupun berlaku peningkatan kes yang terbaru pada masa ini,...
   Ahmad Zahid Hamidi KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan sokongan majoriti ahli Parlimen yang didakwa telah diperolehinya.“Saya dimaklumkan ramai Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini.Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengikuti sidang media oleh Presiden PKR dan ahli Parlimen Port Dickson itu yang disiarkan secara langsung di laman sosial.Sebagaimana diketahui umum, katanya, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN).“Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen sahaja,” kata Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi BN.Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson dalam sidang medianya hari ini mendakwa tel...

LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP SYED SADDIQ

Image
LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP  SYED SADDIQ SHAH ALAM – Lagi laporan polis dibuat ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya siasatan segera dilakukan bagi dakwaan salah laku terhadapnya dalam mengurus wang peruntukan kepada Youth Power Club (YPC) berjumlah RM50 juta. Laporan keempat itu dibuat Setiausaha Agung Persatuan Melayu Islam Beriltizam, Mohd Fuad Ramlan di Balai Polis Seksyen 6 petang ini. Menurut Mohd Fuad, selain peruntukan RM50 juta, bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga dikatakan meminta dana tambahan sebanyak RM5 juta lagi untuk program YPC. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini pihaknya tidak nampak program YPC di 222 bahagian di seluruh negara melaksanakan aktiviti, dan mengesyaki berlaku penyalahgunaan ke atas wang tersebut. “Tujuan laporan dibuat petang ini adalah untuk meminta polis menyegerakan siasatan terhadap Syed Saddiq, yang selama menjadi Menteri Belia dan Sukan berlaku banyak penyalahgunaan kuasa. “Selain dana itu, bekas Ketua Armada Na...

SYED SADDIQ PULANGKAN DANA YPC RM55 JUTA, KATA PEMUDA UMNO PJ

Image
SYED SADDIQ PULANGKAN DANA YPC RM55 JUTA, KATA PEMUDA UMNO PJ PETALING JAYA - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta mengembalikan semula lebihan dana RM55 juta yang disalurkan kepada Youth Power Club (YPC) semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya, Zulhelmi Mansor berkata, ia bagi memastikan dana awam pembayar cukai itu tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan pemilihan sayap Bersatu, bulan lepas.  "Jika ada peruntukan lebihan daripada RM55 juta yang diperuntukkan kepada YPC, kita minta Syed Saddiq kembalikan semula kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini," katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini. Terdahulu, Zulhelmi membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq dan Bendahari Armada, Raziq Hakimi Razali berhubung penularan surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohama...

SIASAT SYED SADDIQ, MANA HILANGNYA RM50 JUTA MILIK YPC

Image
SIASAT SYED SADDIQ, MANA HILANGNYA RM50 JUTA MILIK YPC Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, Aemierulrizaki Rambli akan membuat laporan polis mendesak PDRM, Peguam Negara siasat kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkaitan kehilangan wang tunai RM250,000. Hari ini saya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  Beliau merupakan bekas Menteri termuda dalam sejarah Malaysia dan dal politik singkat ini, Syed Saddiq dilihat sebagai ahli politik yang menjayakan trend politik populis untuk memancing golongan liberal dan urban yang mempunyai agenda tersendiri  Syed Saddiq sering menampilkan diri sebagai hero dalam memerangi rasuah dan amalan kleptokrasi walaupun ia jauh daripada kebenaran sedia ada.  Kita semua ingat kelantangan beliau dalam menyebarkan fitnah tentang Datuk Seri Najib Tun Razak serta ahli-ahli politik UMNO yang lain sedangkan mentor be...
Reezal sambut baik langkah KJ untuk ‘comeback’ KUALA LUMPUR – Hasrat Khairy Jamaluddin yang bakal membuat   ‘comeback’   dalam dunia sukan tanahair disambut baik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Menurut Reezal Merican, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu merupakan seorang yang dinamik dan mempunyai pengalaman dalam bidang sukan lebih-lebih lagi beliau pernah menerajui kementerian yang dikemudikannya ketika ini. “Bagus, kerana beliau seorang yang sangat dinamik dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dan banyak perkara yang beliau telah lakukan ketika menjadi menteri. “Jadi, bila beliau masuk kembali dalam komuniti sukan dan berpaksi dalam persatuan saya melihat itu dalam sudut yang positif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran ISN Inspire di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini. Reezal Merican berkata, Khairy merupakan seorang pemimpin yang telah banyak memberi sumbangan dalam arena sukan negara dan pastinya...

KALAU ZAHID MAT ARIP BOLEH JADI SENATOR, KENAPA ZAHID HAMIDI TAK DI LANTIK SEBAGAI TPM

Image
Kalau Zahid Mat Arip boleh Jadi Senator, kenapa Zahid Hamidi Tak Dilantik Sebagai TPM KUALA LUMPUR   – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu mengukuhkan permuafakatan orang Melayu dalam Perikatan Nasional (PN). Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan, sepatutnya tidak timbul lagi soal terdapat halangan untuk mengangkat Presiden UMNO itu ke dalam Kabinet termasuk 87 pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah. “Kalau kita lihat, pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada Datuk Seri Zahid sebagai Presiden UMNO bermula selepas beliau menang di dalam pemilihan parti pada dua tahun lepas. “Bagaimana beliau dituduh, ketika itu zaman Pakatan Harapan (PH) di mana Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Peguam Negaranya pula sebelum ini adalah peguam DAP kepada Lim Guan Eng “Pertuduhan-pertuduhan yang Datuk Zahid h...

JAMAL GAGAL SERAH MEMORANDUM, TUALA KEPADA MB SELANGOR

JAMAL GAGAL SERAH MEMORANDUM, KEPADA MB SELANGOR  .           SHAH ALAM – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini gagal menyerahkan memorandum mengandungi 12 cadangan menangani masalah air beserta tuala, gayung dan berus gigi kepada Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Amiruddin Shari. Beliau yang dalam usaha mengadakan perhimpunan secara aman di depan pintu masuk utama ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) tidak dapat berbuat demikian kerana laluan masuk ke pusat pentadbiran kerajaan negeri itu dikawal ketat anggota polis. Katanya, oleh kerana pasukan keselamatan mengadakan kawalan, dan tidak membenarkan sebarang perhimpunan diadakan, beliau terpaksa datang seorang diri untuk menyerahkan memorandum dan peralatan mandi kepada wakil Menteri Besar, termasuk mengadakan sidang media. Bagaimanapun, ujarnya, tidak ada seorang pun wakil, sama ada dari Pejabat MB atau Bahagian Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) datang untuk men...
Kaji semula Akta Rumah Judi Terbuka – Mohd Imran KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mengkaji semula akta dan menggubal undang-undang baharu berkaitan judi dalam talian. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, permintaan tersebut dilakukan kerana modus operandi sendiket judi sudah berubah dan akta terbabit cuma tertumpu kepada judi tradisional dan tidak termasuk judi dalam talian. “Sudah tiba masanya kerajaan dan Parlimen mengkaji Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan menggubal sebuah akta baru bagi menangani sendiket judi atas talian” katanya hari ini. Menurut Imran, berikutan perubahan modus operandi itu terdapat kelompongan dalam akta tersebut. Tambah beliau, akta itu perlu dikaji segera kerana aktiviti judi atas talian telah berleluasa dan beliau berharap tiada lagi pusat judi yang berlindung di bawah lesen pusat hiburan keluarga. Sementara itu, Imran selaku peguam bersama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos  tiba di Ibu Pe...